Monday, 13 January 2014

Anugerah Istimewa

Assalamualaikum..

My Name Is Khan..
Tengah melipat dan mengemas baju, terbuka lah cerita ni. Terbuka.
Dan terbuka juga mata aku tentang anak-anak istimewa yang Allah kirimkan ke dunia ni. Kenapa masih ramai insan-insan yang hampir sempurna yang Allah ciptakan memilih untuk membenci anak-anak seperti ini? Apa salah mereka. Mereka juga seperti manusia biasa. Malah mereka lebih banyak perkara yang lebih dari kita.



Seharusnya, sikap negatif ini harus dibuang sejauh-jauhnya. Bertukarlah pemikiran ke arah yang positif tentang anak yang istimewa. Kelahiran anak istimewa bukan suatu beban dan masalah tetapi ia merupakan suatu amanah dan tanggungjawab daripada Allah SWT  yang harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Apa yang ibu bapa anak-anak ini hadapi adalah suatu  ujian daripada Allah  SWT untuk melihat sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya. Selain itu Allah mengetahui bahawa kita mampu untuk menghadapi ujian tersebut. Hal ini telah dijelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 286 :-

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. 

Selain itu, Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)

Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hambaNya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hambaNya. Cuma kita sebagai hambaNya, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk menghadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya.  Sedarlah bahawa anak istimewa yang anda lahirkan itu adalah anugerah daripada Allah SWT. 



Anak adalah salah satu rahmat dan nikmat yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia, menolak nikmat yang Allah berikan kepada kita adalah berdosa kerana memungkiri fitrah yang telah Allah tetapkan. Allah SWT berfirman dalam surah Al Kahfi ayat 46 maksudnya: 
"Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan ini..." 
Maksud perhiasan dalam ayat ini adalah memberikan keindahan kalau dilihat, rasa kebanggaan bagi yang memilikinya serta memberikan penghargaan dan penghormatan bagi pemiliknya.

Bagi aku, tidak masalah jika kita mempunyai anak istimewa. Hidup mereka indah tanpa penuh dengan noda-noda dunia. Mungkin ada yang mengatakan yang aku tidak mengalaminya dan aku tidak tahu. Aku mempunyai sepupu yang sebegitu. Kakak sepupu. Dia tidak seperti insan lain. Tetapi dengan didikan yang diberikan, dia mampu solat seperti kita walaupun ianya tidak wajib bagi insan seperti Kak Akin. Sungguh aku sangat kagum dengan Kak Akin.

Teringat aku sewaktu kami singgah di masjid untuk solat maghrib, dia solat dengan aku. Dia membaca doa seperti muslimah yang lain, walaupun tajwidnya agak lari. Tetapi cukup menarik hati seorang ibu. Dia datang ke arah kami dan bertanyakan kepada aku tentang Kak Akin. Matanya tidak lekang memadang Kak Akin. Allahurobbi. Apa lagi yang kita mahukan? Lihat pada diri kita sendiri. Lengkapkah solat kita? Cukupkah amalan kita? 

No comments:

Post a Comment