Assalamualaikum
everything will go wrong if other thing
were keep buzzing around your head. can't keep the buzzing away from me. don't
know why but my heart keep telling me that i were someone else these days. my
mind are not in place. it is flying without direction. sleep disturbed by the
delirium that do not know where it came from.
syaf masih disini. terduduk menanti bulan
yang tiada kemungkinan akan bersandar diriba. mungkin hanya difantasiku yang
berlegar tanpa ada hadnya. huhh.
syaf masih disini. masih tidak mengenal
manikam tanpa bantuan si jauhari. tercari-cari siapakah jauhari yang dapat
mengajar syaf tentang ukiran permata bernilai.
syaf masih disini. melihat cahaya terang
yang indah dari celahan robekan hati. tercalar dek akibat kerakusan mengejar
sesuatu yang pasti tidak akan dimiliki.
syaf masih disini. meninjau ke dasar hati
yang telah lama dibiarkan sepi tanpa dibaiki. dasar hati yang telah dicemari
dengan titik-titik kecewa.
berpuitis bersajak. dah lama syaf
tinggalkan zaman puitis ku. syaf masih rindukan cerpen, pantun, sajak dan
nota-nota irama nada hati. huhh. kini hatiku tercarik kembali. hanya kerana
memikirkan tentang manusia yang bijak memanipulasikan keadaan. hanya datang
apabila khidmatnya diperlukan. pernah merasa perasaan sepertiku? tentu sekali
tidak. diri ibarat sehelai beg plastik yang hanya berkhidmat apabila banyak
keperluan perlu diisi. syaf lelah. lelah menanti dan mengalah. selama ini, syaf
sering memikirkan orang lain. kini syaf sudah tidak mampu melakukan itu semua.
kerana ianya menyakitkan.
teman, percayalah. rakan mu ini sentiasa
ada untuk mu. syaf menanti dan masih menanti. walau syaf tahu syaf hanya barang
permainan kalian. temanmu ini sudah penat menghulur bantal bagi yang mengantuk.
temanmu ini sudah lelah. maafkan syaf. syaf bukan teman yang sempurna. bukan syaf
mengelak. tidak sama sekali. tetapi cuma syaf telah puas menangis. syaf perlu
masa membaiki hati yang selama ini telah dibuang jauh dari fikiran. hati yang
selama ini telah lama ku abaikan. maaf. setelah hatiku ini pulih, syaf akan
kembali. kembali menawar khidmatku sebagai teman setia.
hampir setahun perkara itu berlaku.
tetapi saya masih teringatkan awak. alhamdulillah. itu hanya ingatan kenangan
kita. melihat awak setelah hampir 3tahun menghilang, menjadikan saya
hampir-hampir hilang dalam kegelapan. jangan risau awak. alhamdulillah, tiada
lagi nama awak dihati ini. ADT, saya pernah sayangkan awak. tapi, itu semua
dulu. insyaallah saya mampu mengatasi semua ini. sayakan kuat. :)
