Wednesday, 4 June 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum 

Alhamdulillah. Selamat sudah semua final exam. Harapnya syaf pass lah ya semua paper tu. dah lamasyaf tidak menaip, masa tidak begitu mengizinkan untuk syaf menaip di blog ni. Walaupun sebenarnya tak ada pon orang yang baca. hahhaha. Tujuan syaf menulis blog ni hanyalah untuk syaf berkongsi apa yang syaf rasa. Kadang-kadang apa yang kita rasa, kita tidak akan bagi tahu orang lain kan? Samalah dengan syaf. Walaupun syaf ada teman yang syaf sangat boleh percaya.


Entahlah. Kebelakangan ini hati syaf rasa sunyi. Mengenangkan syaf bakal tinggalkan Bangi. Tempat yang menjadi kenangan pahit manis. Perkara yang menjadi titik tolak, jatuh bangun kehidupan syaf. Bangilah menjadikan tempat syaf menjadi seperti hari ini. Menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan berani melakukan hal yang selama ini syaf tidak berani.


Hari ini Hari last syaf dekat Bangi sebenarnya. Nak kata sedih tu memang lah sedih. adik-adik yang sangat syaf sayang berada di Bangi kan. hahha. Harapan syaf sebenarnya tak nak balik Bangi lagi ni, bukan tak nak balik bangi sebab apa. tak nak repeat paper lagi. Tak nak lah amek lagi. cukuplah. Doakan syaf ya. Yelah kepada sesiapa yang membaca ni kan.


so, farewell. Akan lebih banyak post dari syaf InsyaAllah. :) Peace

Monday, 2 June 2014

Interview

Assalamualaikum.

Hari ni adalah hari yang membuatkan adrenalin syaf naik melonjak. hahha. Sebebarnyakan, ini bukanlah pertama kali syaf pergi interview. Tapi dia punya nervous lain macam. Macam nak tercabut nyawa rasanya. Kalau belah lah nak tengok jantung, mesti xblh kira berapa denyut 1 minit. hahaha. nampak tak betapa syaf nak menggambarkan ajntung tu macam mana.

Ini semua kes nak internship punya pasal lah kan. Sebenarnya dh dapat dah dekat Taman Melaka Raya, Hospital Mahkota dan Petronas Sungai Udang. Yang dekat Taman Melaka Raya dengan Hospital Mahkota tu, ayah yang tak bagi. Jauh katanya. Yelah, nak pergi kerja tu satu hal. Balik kerja lagi, dengan jam dekat tengah bandar tu lagi. Adui. Syaf pon tak boleh tahan mak oi. Petronas tu, syaf yang tolak. walaupun dekatnya yang amat lah dengan sekolah ayah. Tapi syaf dengan pastinya akan pressure dan dapat markah rendah. bukannya tak berani cuba, cuma disergah dengan orang HRnya pon dah buat syaf kecut perut. mana taknya kan. haha

Nak dikatakan, rezeki Allah nak bagi kan. Audit firm ni syaf dah pernah mintak dulu. katanya penuh. Tapi disebabkan dekat lah sikit dengan rumah dan sekolah ayah, muka tebalnya syaf ni. Pergi call dan mintak lagi. Alhamdulillah. Dapat, tapi dengan syarat kenalah interview dulu. Bila dengar macam tu, orang yang paling gembira sekali mestilah ayah kan. hahha. sebabnya boleh lah ayah hantar kan.

masuk jer bilik interview tu, gigilnya lutut jangan cakaplah kan. bahasa enggeris syaf dah macam apa dah. memang tuggah terbalik. verb jangan cakap lah. apa syaf merepek pon syaf tak tahu. nervous kan. kena lah faham. haha. memang tak jadi apalah, bila dia kata yang audit firmnya penuh, syaf hanya mampu gelak jer. haha. nampak tak kesengalannya tu.

Alhamdulillah dengan segala susah payahnya bergelut dengan lidah sendiri, syaf dapat. interviewer tu tanya, syaf ok ker bekerja dengan semuanya orang cina? Nasib baiklah waktu sekolah dulu syaf ni memang berkawan dengan pelbagai bangsa. rindu pulak tiba-tiba ngan zhi qin n chong. hahha

dah lah. puas dah melalut. esok ada paper ni. kejap lagi nak balik bangi. hopefully syaf tak repeat lah yer killing paper ni.

Farewell, peace. :)