Assalamualaikum.
Hari ni adalah hari yang membuatkan adrenalin syaf naik melonjak. hahha. Sebebarnyakan, ini bukanlah pertama kali syaf pergi interview. Tapi dia punya nervous lain macam. Macam nak tercabut nyawa rasanya. Kalau belah lah nak tengok jantung, mesti xblh kira berapa denyut 1 minit. hahaha. nampak tak betapa syaf nak menggambarkan ajntung tu macam mana.
Ini semua kes nak internship punya pasal lah kan. Sebenarnya dh dapat dah dekat Taman Melaka Raya, Hospital Mahkota dan Petronas Sungai Udang. Yang dekat Taman Melaka Raya dengan Hospital Mahkota tu, ayah yang tak bagi. Jauh katanya. Yelah, nak pergi kerja tu satu hal. Balik kerja lagi, dengan jam dekat tengah bandar tu lagi. Adui. Syaf pon tak boleh tahan mak oi. Petronas tu, syaf yang tolak. walaupun dekatnya yang amat lah dengan sekolah ayah. Tapi syaf dengan pastinya akan pressure dan dapat markah rendah. bukannya tak berani cuba, cuma disergah dengan orang HRnya pon dah buat syaf kecut perut. mana taknya kan. haha
Nak dikatakan, rezeki Allah nak bagi kan.
Audit firm ni syaf dah pernah mintak dulu. katanya penuh. Tapi disebabkan dekat
lah sikit dengan rumah dan sekolah ayah, muka tebalnya syaf ni. Pergi call dan
mintak lagi. Alhamdulillah. Dapat, tapi dengan syarat kenalah interview dulu.
Bila dengar macam tu, orang yang paling gembira sekali mestilah ayah kan.
hahha. sebabnya boleh lah ayah hantar kan.
masuk jer bilik interview tu, gigilnya
lutut jangan cakaplah kan. bahasa enggeris syaf dah macam apa dah. memang
tuggah terbalik. verb jangan cakap lah. apa syaf merepek pon syaf tak tahu.
nervous kan. kena lah faham. haha. memang tak jadi apalah, bila dia kata yang
audit firmnya penuh, syaf hanya mampu gelak jer. haha. nampak tak kesengalannya
tu.
Alhamdulillah dengan segala susah payahnya
bergelut dengan lidah sendiri, syaf dapat. interviewer tu tanya, syaf ok ker
bekerja dengan semuanya orang cina? Nasib baiklah waktu sekolah dulu syaf ni
memang berkawan dengan pelbagai bangsa. rindu pulak tiba-tiba ngan zhi qin n
chong. hahha
dah lah. puas dah melalut. esok ada paper ni.
kejap lagi nak balik bangi. hopefully syaf tak repeat lah yer killing paper ni.
Farewell, peace. :)

No comments:
Post a Comment