Allahuakbar. Benar lah kata, "Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan menjaga hubungan kita dengan makhluk ciptaanNya" sungguh nur bersyukur atas apa yang Allah kurniakan selama ini. telah cukup segalanya. Bagi nur, cukuplah Allah, Rasul dan keluarga nur menjadi pemilik hati ini. Telah cukup nur terluka dan nur tidak malu ianya berulang kembali.
Menjaga hati untuk yang benar-benar layak bukanlah sesuatu yang mudah. Malah sangat sukar. Banyak ujian yang Allah beri untuk benar-benar menjaga hati. Ujian jatuh bangun yang Allah beri untuk menetapkan hati. Banyak insan yang terluka disebabkan mahu menjaga hati supaya tidak lagi dilukai. Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tidaklah nur nak kata yang nur ini alim sangat sampai tidak mahu bercakap langsung dengan ajnabi. tidak lah sehingga begitu sekali.
Labuhnya tudung nur bukanlah kerana nur ini 'hafizah', 'tahfizah' mahupun pelajar pondok atau sekolah agama. Ilmu yang nur ada ini masih cetek. Tidak layak langsung nak dibandingkan. Masih banyak ilmu Allah yang nur tidak tahu.
Perancangan Allah itu begitu cantik. Bagaimana berjumpa, memahami hati. Niat dihati memang tidak mahu membuka pintu hati untuk sesiapa pun. Memang niat mahu bernikah tanpa mengenali siapakah bakal suami. Allah membuka hati saat hati ini memang benar-benar selesa hidup tanpa cinta pasangan. Allah wujudkan rasa tanpa sedar. Hati terdetik tanpa mengenal siapakah dia. Adakah dia boleh menerima nur yang serba kekurangan ini.
Semoga Allah menjaga perhubungan ini.
Semoga Allah satukan hati kami.
Semoga Allah tetapkan hati.
Tidak ku pilih kerana rupa, kerana rupa kecantikan itu mainan mata yang tidak kekal.
Tidak ku pilih kerana harta, kerana harta itu musuh yang tidak disangka membawa bencana.
Tidak ku pilih kerana pendidikan, kerana ilmu Allah itu luas. Bukan hanya terhad di universiti.
Allah boleh menarik semua dalam sekelip mata, tanpa memberi apa-apa tanda.

.jpg)


