Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Pointer naik mendadak. Alhamdulillah. Allah itu Maha Agung kan, Allah memberi apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahu. Kerana kemahuan kita itu kadangkala boleh mebuatkan kita alpa siapa pencipta kita. InsyaAllah, walaupun nur sudah tidak berada di Bangi, jauh dari adik-adik usrah. Allah bakal bantu jika kita berusaha untuk mecari redha Allah. :)
Saat register haritu, berjumpa dengan adik-adik usrah. Allahu, rasa macam tak mahu lagi balik melaka. haha. Bukan apa,
Rindu nak berkongsi kisah dengan adik-adik.
Rindu nak solat berjemaah.
Rindu nak ber bulatan gembira.
Rindu nak ber iftar bersama.
Allahu, nur akan merindui segala kenangan disana. Kenangan itu Allah yang memberi izin ianya tercipta. tidak akan sya lupa. Kenangan yang menjadikan nur insan seperti ini sekarang.Alhamdulillah. Hari ini adalah hari pertama nur bekerja. Maklumlah, selama ini diri ini memang tidak pernah menjejakkan kaki dimana-mana tempat sebagai seorang pekerja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Allah bantu. :)
Walaupun tempat nur kerja ni, company cina. Tapi mereka semuanya baik sangat. tak rasist seperti yang di war war kan. Mereka banyak membantu nur kalau ada yang nur tak faham. Alhamdulillah. Yelah, nur ni memang dah lupa macam mana nak buat account. Yelah, sem akhir tu semuanya 'theory' kan. hehe.
Semoga semuanya akan bertambah baik. Semoga Allah kekalkan keadaan seperti ini. Sebab ada sahabat-sahabat yang waktu praktikal buat air lah, isi fail lah. Alhamdulillah, nur dapat belajar. :)
Doakan ya. :)
Semoga Allah redha. :)


No comments:
Post a Comment