Assalamualaikum wbt.
Percaya atau tidak, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup,
kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk
mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal
bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila
situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu
isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal
tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki
menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan
menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama
ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak
jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah,
oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia
suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada
lelaki yang meminang, hukumnya haram.. Malah haram bagi wali wanita tersebut
menerima peminangan orang lain dan membatalkan pertunangan yang pertama. Islam
tidak membenarkan amalan ini kerana tindakan itu seperti merampas hak orang
lain.
Hadis daripada ‘Uqbah bin Amir menyebut bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin
yang lain. Maka tidak dihalalkan bagi seorang mukmin untuk membeli barang yang
sudah dibeli saudaranya dan janganlah seorang mukmin meminang di atas pinangan
saudaranya kecuali jika pinangan itu telah ditinggalkan.” (Shahih Muslim
2/1034 no.1414)
Jelas di sini sesebuah pertunangan dilindungi undang-undang.
Maka mereka yang terlibat tidak boleh sewenang-wenangnya memutuskan atau
membatalkan pertunangan itu. Walau bagaimanapun pihak lelaki mahupun perempuan
ataupun wali si wanita boleh membatalkannya dengan sebab-sebab yang munasabah
dengan syarat dipersetujui bersama. Itupun jika kedua-dua
belah pihak boleh terima alasan tersebut.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1
bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi
hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa tidak ada. Mengikut
hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh,
perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap
bertunang.
Bila perempuan tu tidak menepati hukum syarak tersebut,
contoh seperti tidak baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tidak boleh
berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan”
tersebut.
Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah
menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.