Wednesday, 12 November 2014

Bila Kita Dah Bertunang

Assalamualaikum wbt.

Percaya atau tidak, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.. Malah haram bagi wali wanita tersebut menerima peminangan orang lain dan membatalkan pertunangan yang pertama. Islam tidak membenarkan amalan ini kerana tindakan itu seperti merampas hak orang lain. 

Hadis daripada ‘Uqbah bin Amir menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Orang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidak dihalalkan bagi seorang mukmin untuk membeli barang yang sudah dibeli saudaranya dan janganlah seorang mukmin meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika pinangan itu telah ditinggalkan.” (Shahih Muslim 2/1034 no.1414) 

Jelas di sini sesebuah pertunangan dilindungi undang-undang. Maka mereka yang terlibat tidak boleh sewenang-wenangnya memutuskan atau membatalkan pertunangan itu. Walau bagaimanapun pihak lelaki mahupun perempuan ataupun wali si wanita boleh membatalkannya dengan sebab-sebab yang munasabah dengan syarat dipersetujui bersama. Itupun jika kedua-dua belah pihak boleh terima alasan tersebut.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tidak ada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tidak baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tidak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.


No comments:

Post a Comment