Wednesday, 16 April 2014

Hold While still can


Assalamualaikum

everything will go wrong if other thing were keep buzzing around your head. can't keep the buzzing away from me. don't know why but my heart keep telling me that i were someone else these days. my mind are not in place. it is flying without direction. sleep disturbed by the delirium that do not know where it came from.


syaf masih disini. terduduk menanti bulan yang tiada kemungkinan akan bersandar diriba. mungkin hanya difantasiku yang berlegar tanpa ada hadnya. huhh.
syaf masih disini. masih tidak mengenal manikam tanpa bantuan si jauhari. tercari-cari siapakah jauhari yang dapat mengajar syaf tentang ukiran permata bernilai.
syaf masih disini. melihat cahaya terang yang indah dari celahan robekan hati. tercalar dek akibat kerakusan mengejar sesuatu yang pasti tidak akan dimiliki.
syaf masih disini. meninjau ke dasar hati yang telah lama dibiarkan sepi tanpa dibaiki. dasar hati yang telah dicemari dengan titik-titik kecewa.


berpuitis bersajak. dah lama syaf tinggalkan zaman puitis ku. syaf masih rindukan cerpen, pantun, sajak dan nota-nota irama nada hati. huhh. kini hatiku tercarik kembali. hanya kerana memikirkan tentang manusia yang bijak memanipulasikan keadaan. hanya datang apabila khidmatnya diperlukan. pernah merasa perasaan sepertiku? tentu sekali tidak. diri ibarat sehelai beg plastik yang hanya berkhidmat apabila banyak keperluan perlu diisi. syaf lelah. lelah menanti dan mengalah. selama ini, syaf sering memikirkan orang lain. kini syaf sudah tidak mampu melakukan itu semua. kerana ianya menyakitkan.


teman, percayalah. rakan mu ini sentiasa ada untuk mu. syaf menanti dan masih menanti. walau syaf tahu syaf hanya barang permainan kalian. temanmu ini sudah penat menghulur bantal bagi yang mengantuk. temanmu ini sudah lelah. maafkan syaf. syaf bukan teman yang sempurna. bukan syaf mengelak. tidak sama sekali. tetapi cuma syaf telah puas menangis. syaf perlu masa membaiki hati yang selama ini telah dibuang jauh dari fikiran. hati yang selama ini telah lama ku abaikan. maaf. setelah hatiku ini pulih, syaf akan kembali. kembali menawar khidmatku sebagai teman setia.

hampir setahun perkara itu berlaku. tetapi saya masih teringatkan awak. alhamdulillah. itu hanya ingatan kenangan kita. melihat awak setelah hampir 3tahun menghilang, menjadikan saya hampir-hampir hilang dalam kegelapan. jangan risau awak. alhamdulillah, tiada lagi nama awak dihati ini. ADT, saya pernah sayangkan awak. tapi, itu semua dulu. insyaallah saya mampu mengatasi semua ini. sayakan kuat. :)


No comments:

Post a Comment