Assalamualaikum wbt
Dua bulan sudah nur menjalani intern di JEC Associates. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. walaupun ada beberapa masalah yang berlaku. Alhamdulillah semuanya dapat di atasi dengan baik.Bermulanya disini, dipasak dengan kata-kata bahawa 'Chinese' semuanya rasist, mengata belakang, tidak mahu orang melayu kedepan, tidak akan mengajar, lokek ilmu. Ikutkan hati yang umpama lalang ni. memang akan nur termakan dengan kata-kata seperti itu. Pendirian tetap pendirian, selagi nur tidak nampak dan mengalami ia sendiri, nur tidak akan percaya.
Alhamdulillah, mata dan jiwa ini sendiri dapat mengalami baiknya meraka dan tidak pernah membandingkan antara melayu dan cina, juga intern dan staff. Semuanya diberi layanan yang sama rata. Apa yang diberi kepada staff, begitu juga diberi kepada intern. Cuma kini nur perlu bertegas dan focus sedikit kerana tempoh hari nur telahpun tersalah langkah. itulah si Bendul nur. Suka sangat buat silap dan blur kan. :)
Jiwa ini harus kekal cekal.
Jiwa ini harus kekal tabah
Jiwa ini harus usaha doa dan tawakal kepadaNya
Jiwa ini juga harus terus usaha mengharungi semuanya.


No comments:
Post a Comment