Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang untuk insan seperti aku untuk hidup dibumi-Nya ini. Selama 21 tahun hidup sebagai hamba Allah ini, banyak perkara yang telah aku lakukan. Menyakitkan hati ibu bapaku, menyakiti teman-temanku, dan hampir menghancurkan hidupku sendiri dengan mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Allahurobbi. Keputusan yang paling tidak pandai yang aku dapat fikirkan ketika ditimpa musibah dari Allah.
Ya, aku lemah dalam membuat keputusan. Masih takut dengan bayang-bayangku sendiri. Kelemahan yang selama ini aku tidak dapat atasi walau dengan apa jua cara sekalipun. Ramai yang telah menasihati dan memberi pelbagai cara, tetapi tak dapat aku guna. Mungkin senang bagi mereka berkata-kata saat bukan mereka yang menghadapinya.
Tahun 2014, tahun bagi aku mengubah diri ke arah yang lebih baik. Menjadi hamba Allah yang sentiasa dekat dengan-Nya. Musibah yang selama ini aku hadapi telah membuka mata aku. Yang mana kaca dan mana permata. Sangat aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang walaupun telah banyak perkara jahiliah yang telah aku lakukan. Ya, aku tidak hidup di zaman jahiliah itu, tapi hati aku. Hati aku yang menghadapi jahiliah itu.
Sungguh aku tak kuat. Semoga Allah memberi sinar yang selama ini aku cari. insyaAllah.

No comments:
Post a Comment