Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Masih bernafas hari ini. Diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara dan menikmati ciptaan-Nya. Alhamdulillah.
Ramai yang dah bertanya, kenapa tukar blog lagi? Kalau ikutkan dah banyak blog yang aku buat. Dari zaman sekolah, zaman lepasan SPM dan zaman belajar. Semuanya penuh dengan ceritanya tersendiri. Menukar nukar blog itu tandanya aku mahu berubah ke arah yang lain. Nampaknya banyak kali aku merubah keadaan diri. insyaAllah blog ini akan menjadi blog yang terakhir. Tiada penukaran lagi.
Kerana inilah jalan yang aku mahu.
Jalan yang selama ini aku cari.
Jalan pemberi kekuatan pada diri.
Jalan dari Ilahi.
Sejak dari sekolah lagi aku suka menulis. Berpuluh-puluh cerpen yang aku tulis mengikut rasa hati. Semuanya tak terhantar ke mana-mana majalah walhal itu cita-cita yang ingin aku capai dulu. Kini aku terus mencoretkan rasa itu. masih ada di helaian-helaian kertas. Kerana itulah pengubat terbaik bagi aku meluahkan apa yang terbuku dihati. Membaca dan menulis. Itu aku..
Disini akan aku coretkan segalanya. hak untuk berkata itu hak kamu, tapi hak untuk menulis itu hak aku. Mencoretkan segala rasa yang tak dapat aku luahkan kepada sesiapapun.


No comments:
Post a Comment