Alhamdulillah, berita yang aku akan extend semester ni telah pun aku beritahu kepada mak dan ayah. Takut? Allah sahaja yang tahu macam mana gegarnya jantung ni bila cakap dengan ayah. Menangis kerana aku rasa macam telah mematahkan hati ayah. Menyusahkan ayah sejak dari semester 2 lagi. Sejak perkara yang hampir membuatkan aku berhenti belajar.
Tetapi jika bukan peristiwa semester dua itu, aku bukanlah seperti yang sekarang ini. aku tidak akan berubah sejauh ini. nak kata berani sangat tu tidak lah. dan aku bukannya berubah 360 darjah. Hanya berubah ke arah yang mencari keredhaan Allah. Semoga harapan aku untuk menjadi khalifah yang baik dibumi Allah ini menjadi kenyataan. insyaAllah.


No comments:
Post a Comment