Tuesday, 28 January 2014

Internship

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Perjalanan hidup kini makin terurus. Semuanya berjalan dengan lancar. Itulah hikmah apabila kita menjaga hubungan dengan Allah maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan insan lain. Sesungguhnya rahmat Allah itu sungguh besar. Allah memperluaskan pintu rekezi, dan Allah telah memudahkan kehidupanku sebagai daie di bumiNya ini. Allahuakbar.

Ramai yang kata, buat apa nak cari tempat intern awal-awal sebab surat KPTM belum keluar lagi dan tarikh sebenar untuk intern pon belum dapat. Sebenarnya jauh disudut hati, aku takut nanti lambat. kalau cari awal-awalkan dah senang nanti. tidak lah serabut bila dah nak final dan heboh nak mencari tempat intern.
Mula-mula cari tu, aku agak memilik jugaklah. tak nak yang jauh, tak nak yang cina. Yelah sebab lecturer dah pesan yang jangan ambil audit firm yang ownernya cina sebab cina ni susah sikit nak bagi ilmu dekat kita.
Tapi aku yang aku buat sebaliknya. Aku call semua audit firm yang ada dekat melaka. Yelah, nak pilih-pilih nanti takut tak terpilih jer. Aku juga cuba positifkan diri. Cuba husnuzon terhadap semua audit firm tu. Mana taukan, sebab selama ni aku memang berkawan dengan semua bangsa dan Alhamdulillah mereka semua baik dan tak pernah mebezakan kaum.


Dalam 31 Audit Firm yang ada dekat melaka ni, hanya 8 firm sahaja yang still kosong. Yang lainnya dah penuh. Ini pon orang kata aku hantar awal. Kalau aku lambat lagi daripada sekarang ni, bayangkan. Mungkin semuanya dah penuh. Tak mustahilkan. Alhamdulillah, semuanya telah aku emailkan cover latter dan resume. Harap-harap dapatlah kan. Tapi tak boleh nak terlalu berharap dekat firm yang aku dah hantar email tu. Takut-takut tak dapat kan. Nanti dah susah.

So, mari mulakan sesi menggoglate company-company dekat melaka ni. Hopefully Finance Department tu still perlukan student intern untuk bulan July nanti. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment