Wednesday, 15 January 2014

Permulaan.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Semenjak aku berada di bangi ni. Aku banyak mendekatkan diri pada Allah. Banyak masa yang aku habiskan untuk beribadat kepada-Nya. Solat di awal waktu. Membaca Al-Quran. Solat berjemaah. Usrah. Alhamdulillah.

Melihatkan ramai adik-adik yang datang mengimmarahkan surau malam tadi. Penuh jugalah saf. Selalunya jarang sekali mereka turun. Kebiasaannya lebih lelaki daripada perempuan. Uzur mungkin kan. *Husnuzon.

Cara aku berdoa selepas solat lain seperti rakan-rakanku yang lain. Tidak pernah aku mendengar imam baik lelaki mahupun perempuan berdoa seperti aku. Aku bukannya menggunakan doa yang kebabom. Hanya permulaan dan penutup yang aku menggunakan doa dalam bahasa arab. Ditengah-tengahnya aku berdoa dalam bahasa malaysia.

Bagi aku, biar aku memahami apa yang aku minta dengan Allah. InsyaAllah, timbulnya ikhlas dan kusyuk dalam berdoa. InsyaAllah.. Tetapi yang buatkan aku terkejut, sewaktu berjemaah solat isya' malam tadi, imam itu berdoa seperti doa aku. Di tengah-tengahnya berbahasa melayu. Doanya untuk dia dapat berbahasa inggeris. Allahurobbi.. Begitu kusyuk sekali dia berdoa. InsyaAllah. Semoga Allah membantunya.
Doakan aku ya sahabat. Agar aku terus begini. Menikmati kehidupan sebagai mukmin yang kuat menuju ke jalan Allah.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment